Wednesday 3 August 2011

Asas Ikhtiar Hidup Apabila Sesat Di Dalam Hutan



Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.

Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Peralatan Terpenting

Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:

. Macis atau petik api
. Parang

Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.

Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai.

Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya

Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar.

Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan.

Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah ke atas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.

Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

Ulat dalam batu pun boleh hidup... Inikan manusia yang ada akal fikiran... :)

information tentang Gunung Datuk


Yup...Gunung Datuk...xsabar nak pegi...hehehe...Seminggu lebih jer lg pas2 bermula lah ekspedisi mendaki dan bercamping kitorang..Dah lama dah sebenarnya aku ngan sepupu aku plan nak panjat gunung ni tp xjuga pegi2...Ni kira mcm last minute plan la ni sbb last month kitorang bincang2 pas2 terus decide untuk panjat gunung ni...Finally termakbul juga hajat nak panjat...Kalau takat panjat bukit 2 dah biasa dah tp ni gunung ni...Baru ada thrill!!huhuhu..
Mula2 plan nak pg 5-6 orang jer mcm kitorang pg Taman Negara Penang dulu...Tapi bila kwn2 aku yg lain dgr jer kitorg nak panjat gunung ngan camping trus diorang pun nak ikut...So far yg dah kompim nak pg & siap letak deposit lg dah 11 orang.2 yang dah kompim,yg letak nama tp blum letak deposit lagi dalam 7-8 orang...Fuhhh...Gamat kitorang punya trip kali ni...(^^)

      
The only fees we are aware of are:
Trekking permitRm 5.00 per person
Camp site permitRM 3.00 per tent
sijilRm 5.00 per person


Hopefully sumer nyer akan ok la...Pening gak nak arrange event ni..Nak arrange tmpt aper sumer..

Ni ada sedikit information pasal Gunung Datuk ni...kalau ada saper2 nak wat arrangement ke & tiba2 rasa nak panjat gunung ni &  nak masukkan dalam korang pny itinerary korang blh refer kat sini....


pn.jalilah : 0176243226booking person 
fax number : 06 4381 046


Administration Office for Mount Datuk:-
Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad, Kampung Batang Nyamor, 
☎ +60 64381046 (gunung_datuk@yahoo.com).  

ataupun..


Abd. Rahman bin Hj Idris
Taman Rekreasi Gunung Datuk
Kampung Batang Nyamor
71350 Kota,
Rembau, Negeri Sembilan
Telephone: 06-4382390










Gunung Datuk - XPDC mencari masalah

Setelah lama memendam rasa nak panjat gunung,akhirnya tercapai juga hasrat aku nak menjejakkan kaki ke puncak pertama yg berjaya aku tawan.Gunung Datuk.itulah namanya..hehehe..Walaupun x setinggi gunung2 lain yg terdapat di banjaran Titiwangsa,at least bg beginner mcm aku ni kira blh berbangga juga la kan sbb dapat sampai ke puncak dua kali 2...skali naik tgh ari pas2 ptg turun sbb air habis..hahaha...Then malam skali lagi kitorang panjat..Sampaikan ada pakcik kat si2 kata kitorang gila sbb xpenah2 dibuat orang panjat,turun,panjat balik...haha..Gila bersebab xper pakcik jgn gila sbb mmg gila..hehe..aku mmg minat outdoor activities ni dari kecik lg..slalunya aku,sepupu aku dan 2 3 org lg member2 aku  akn pg taman negara bercamping,xpun travel kesana sini cari pasal...haha..Disebabkan 1st mission ni berjaya,kitorang dah plan nak panjat byk lagi gunung2 yg ada kat Banjaran Titiwangsa ni & prepare the proper Gears yg spatutnya ada utk memanjat...ramai gak la yg join trip ni buat 1st time trus terpaut untuk menjadikan aktiviti memanjat gunung sebagai satu hobi..kitorang dah plan nak menyelesaikan misi kitorang iaitu yg pertamanya ialah menawan puncak2 gunung yg dikenali sebagai G7..


Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggian dan bilangannya.
Di bawah kategori gunung G7 ini adalah:-

Gunung Tahan (7,186 kaki)
Gunung Korbu (7,162 kaki)
Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
Gunung Gayong (7,129 kaki)
Gunung Chamah (7,210 kaki)
Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)

So,ni lah kitorang punya target...Tapi semuanya masih dalam perancangan la..Mungkin nak complete kan nye mengambil masa setahun dua kot sbb masing2 dah ada komitmen pada family walaupun aku masih bujang.hahaha...pada time artikel ni ditulis aku masih lg bujang ye dan insyaallah akan menamatkannya hujung thn ni...So permission dan restu bakal isteri aku harus diambil kira dan diguna pakai bagi menjamin kerukunan rumah tangga yg utuh di kemudian hari kelak..(^^)OK..sambung blik pasal gunung ni..Bagi menjayakan misi kitorang menakluk semua puncak G7 ni,kitorang akan mendaki gunung Liang Timur & Barat insyaallah hujung tahun ni kot.Perancangan dah buat skit2 tp masih dalam peringkat mencari informasi.Hopefully semuanya akan berjalan lancar insyaallah.Berbalik kepada Gunung Datuk ni,dibawah ni kau tulis skit jurnal perjalanan kitorang dari mula sampi balik..So...Layaannnnn....

16/07/2011:

0800hrs: Kitorang sumer berkumpul di KL sentral sbb tempat kerja kami cuma kat sebelah jer(Hilton Hotel KL)Pagi 2 aku,Mal dgn Resda@sakai gunung naik kete skali.Samsul,Nizam@rempit dgn Zakri sa2 kete.Syarul@bongek,robin dgn wan sa2 kete pas2 Rafiq@kecik ngan Azrel sa2 kete.Ada 4 kereta sumernyer.Biasala janji melayu ckp pukul 8 pagi nak bertolak kul 9 baru gerak..hehehe...

0900hrs: Bertolak ke Rembau tp sebelum 2 singgah dulu Cheras amik makanan dan BBQ ayam yg dah kitorang tempah dkt chef Fazrul.Nah berBBQ la katakan mlm 2...hihihi...Then trus kitorang berlumba diatas highway sbb budget nak sampai sblm tgh ari.Macam biasala Mal yg memandu kereta Porsche sampai dulu di Tol Pedas Linggi.hahaha..

1130hrs: Sampai jer kat Gunung Datuk 2 berita yg mengejutkan  kami dapat.Tapak khemah yg kitorang dah booked siap2 seminggu sebelum 2 dah kena let go dgn group lain di sebabkan masalah komunikasi tuan jaga dkt sana.Dia ingat group yg sampai 2 group kitorang ni dr KL.Rupenyer group org lain yg dr KL juga.xkan nak suruh diorang buka khemah balik kan.So pakcik 2 suggest la dekat kitorang sa2 tapak ni.Tp kitorang reject sbb tapaknya terlalu mengerikan siap ada sarang semut ipoh kat si2.Naya teman kena kokak nanti..huhu..Bincang punya bincang,lastly kitorang decide pasak khemah dekat puncak jer terus.Abis citer.So kitorang pun packed dan agih la barang2 yg patut di bawak nak naik.Mana yg rasa xperlu kitorang tinggal supaya rucksack kitorang ringan skit.

1245hrs: Lepas jer buat stretching dan sedikit sesi bergambar,kitorang terus memulakan pendakian.Baru jer 15minit mendaki kitorang kena stop sbb kecik semput tiba2 plak.Sblm ni pg taman negara ok dia hiking tp nak panjat gunung Datuk ni dia semput plak.ahhhhhh...semputttttt(bak kata Sepah)hehehe..so lepas kecik dah ok kitorang sambung blik.Xingat dia punya pacak.mula2 tgk 2 sumer dah geleng kepala dah...hahaha...Nak sampai ke pondok roboh 2 kitorang amik masa dalam 2 jam jugala sbb byk berenti.Lebih2 lagi Skru kat lutut Samsul tercabut plak.hahaha(jgn marah sul)..Kitorang pon rest  la dulu dalam stgh jam pas2 sambung blik.On the way nak sampai puncak 2 mmg byk kali la kitorang berenti almaklumla 1st gunung yg dipanjat plus masing2 xada stamina.hehe..

1600hrs: 4 orang pertama sampai puncak.Aku,zakri,nizam & robin.Mmg hilang trus rasa penat dan semput panjat td tgk view dia.Seronok x terkata la.Layan perasaan kat puncak batu 2.Tgk bekas tapak kaki Hang tuah.Layan udara yg segar.mmg best.dalam stgh jam selepas 2 baru samsul,kecik,azril,bongek,wan,mal dgn Resda sampai..

1645hrs: Satu masalah lagi datang.air mineral tinggal 9 botol jer.kecik lak 2 sumernyer.So aku decide turun ke bawah dalam 30 minit kata abang(yg juga berkhemah dkt si2)ada punca air.Tandanya ialah botol mineral yg di sangkut kat dahan pokok.Nizam,Bongek,Azril dgn Wan ikut turun skali.yg lainnyer setting khemah dgn siapkan makan malam kitorang.Turun pny turun xjuga jumpa punca air.dah 3/4 dari puncak kitorg turun xjuga jumpa.Last2 dapat info dari Samsul melalui walkie talkie cakap kitorang turun salah route untuk punca air 2.Alang2 nak sampai bwh kitorang turun jer la trus.Amik air byk2 pas2 start panjat balik lepas maghrib.

1945hrs: bertolak untuk pendakian wak2 malam.dah 3/4 kitorang panjat.masing2 kaki xblh nak angkat dah.salah sa2 sbbnyer ialah kitorang xmakan lg.Last skali kitorang makan ialah b'fast pagi 2 dalam pukul
7.30am.pas2 xmakan ape dah sampai la jam dah tunjuk kul 9.30malam.Memang dah shaking sa2 badan tambah2 lagi pikul air berliter2.rasa nak patah jer pinggang masing2..hehehe..apelagi trus kitorang minta bantuan.dalam 15minit mcm 2 mal,resda ngan robin sampai.yg best nyer diorang bwk karipap panas dgn nescafe panas skali.Apelagi tibai la mcm orng afrika baru jumpa nasi.Lega rasanya..heheh..kitorang sambung blik mendaki tp dgn badan yg free sbb 3 org yg fresh 2 bawak air pulak.huhuhu..dalam kul 10.20pm mcm 2 kitorang sampai.Mmg lega xterkata kat muka masing2 bila sampai.apelagi!!!baham dinner kitorang la...hahaha..


2300hrs: Sesi bersantai dan bergelak ketawa sampai ke pagi.

17/07/2011:

0800hrs: Ada yg dah bgn dan ada yg masih belum bgn.Buka jer mata b'fast dah siap samsul prepare.Best mcm ni.mcm anak raja dah rasanya..hihi..So lepas abis breakfast kitorang lepak2 lu amik udara segar di pagi hari.Tangkap gambar buat kenang-kenangan.

1200hrs: Khemah sumer dah kemas,sampah dah kumpul dan bakar mana yg patut,stretching2 skit pas2 turun dari puncak..

1400hrs: Sampai bawah dan aktiviti mandi manda.

1500hrs: Sumer bergerak pulang ke Kuala Lumpur